Seni khat Islam
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Khat Islam, atau khat Arab, ialah amalan penulisan berseni atau seni khat dan, secara tambahan, berkaitan dengan penjilidan[1], di kawasan yang berkongsi warisan kebudayaan Islam yang sama. Bentuk kesenian ini berasaskan tulisan Arab, yang untuk tempoh yang lama digunakan oleh semua Muslim dalam bahasa masing-masing. Mereka menggunakannya bagi mewakili Tuhan kerana mereka menolak melambangkan Tuhan menggunakan gambar.[2] Seni khat seni yang amat disanjungi daripada seni-seni Islam kerana ia merupakan cara utama mengekalkan al-Qur'an. Syak terhadap seni gambaran sebagai taghut dan penyembahan mendorong perkembangan seni khat dan gambaran abstrak menjadi bentuk gambaran kesenian utama dalam kebudayaan Islam, terutama dari segi konteks keagamaan.[3] Karya pakar khat dikumpul dan dihargai.
Seni khat orang-orang Arab, Parsi, dan Empayar Uthmaniyyah dikaitkan dengan motif abstrak arabes pada dinding dan siling masjid dan juga pada kitab. Ahli seni lukis semasa dalam dunia Islam memetik warisan khat untuk menulis khat atau pengabstrakan hasil karya mereka.

Isi kandungan
Peranan dalam budaya Islam[sunting | sunting sumber]
Seni khat boleh dipertikaikan sebagai bentuk paling dipuja dalam kesenian Islam kerana skirp Arab merupakan cara penyampaian Al-Quran. Kitab suci Islam, Al-Quran, telah memainkan peranan penting dalam perkembangan dan pembangunan bahasa Arab, dan secara tambahan, seni khat dalam huruf Arab. Peribahasa dan ayat penuh dari Al-Quran masih merupakan sumber aktif seni khat Islam.

Sejarah stail berbeza[sunting | sunting sumber]
Perbezaan bentuk penulisan skrip huruf Arab biasanya dibahagikan antara skrip geometrik (pada asasnya Kufi dan variasinya) dan skrip melengkung (seperti Naskh, Ruq'ah, Thuluth...)

Gaya geometrik[sunting | sunting sumber]
Hijazi ialah skrip melengkung, mudah, biasanya tanpa tanda atas bawah diacritical. Hijazi biasanya digunakan antara akhir abad ke-7 dan abad ke-8. Ia terdapat pada Al-Quran pertama dan juga pada ukiran batu.
Kufi adalah gaya lebih geometrik dan jelas, dengan rima jelas dan penekanan kepada garis melintang. Vokal (nahu) kadang-kala ditanda dengan titik merah; konsonan dibezakan dengan sengkang kecil bagi menjadikan teks lebih mudah dibaca. Sejumlah Al-Quran ditulis dalam gaya ini dijumpai di Masjid di Kairouan, di Tunisia. tulisan Kufi juga wujud pada syiling silam.
Skrip Maghribi dan variasi Andalus adalah bentuk versi Kufi yang kurang kaku, dengan lebih lengkungan.
Bagi menulis Al-Quran dan dokumen lain, Kufi akhirnya digantikan dengan skrip melengkung. Ia kekal bagi tujuan hiasan:
- Dalam "Kufi berbunga", huruf geometrik kurus dikaitkan dengan unsur gaya tumbuhan.
- Dalam "Kufi geometrik", hurud diatur dalam pola dua dimensi, rumit, sebagai contoh memenuhi segi empat. Ia bertujuan sebagai hiasan dan bukannya untuk dibaca.

Gaya melengkung[sunting | sunting sumber]
Gaya melengkung muncul pada abad ke-10.[4] Ia lebih mudah ditulis dan dibaca dan dan tidak lama kemudian menggantikan gaya awal berbentuk geometri, melainkan untuk tujuan perhiasan.
Skrip melengkung enam yang diterima rasmi (al-aqlam al-sittah) dipelopori oleh Ibn Muqla (m. 939 M) dan kemudiannya diperhalusi oleh penggantinya Ibn al-Bawwab (d. 1022) dan Yaqut al-Mustacsimi (m. 1298 M). Skrip Naskh merupakan yang paling meluas digunakan dalam Al-Quran, pengisytiharan rasmi, dan perhubungan peribadi.[4]Teks silam yang menyenaraikan enam gaya ini biasanya tidak memberikan contoh. Oleh itu ia adalah sukar untuk membezakan gaya-gaya ini.
- Skrip Naskh atau naskhi adalah penulisan melengkung mudah yang digunakan dalam perutusan sebelum pakar khat mula menggunakannya bagi penulisan Al-Quran. Ia adalah langsing dan lentur, tanpa sebarang penekanan tertentu, dan amat mudah dibaca. Ia kekal bertahan di kalangan gaya yang tersebar luas.
- Thuluth adalah gaya penulisan bertenaga dan memuncak, dengan memanjang menegak. Ia digunakan secara esklusif oleh Mamluk semasa abad ke-14 dan ke-15.
- Tawqi' muncul di bawah khalifah Abbasiyyah, apabila ia digunakan bagi menanda akta rasmi. Dengan tegak memanjang dan lengkuk yang luas di bawah garis tulis, skrip ini jarang digunakan.
- Riqa' ialah versi mini Tawqi', juga jarang digunakan.
- Muhaqqaq ialah skrip penuh, cergas. Akhir huruf biasanya panjang dan lengkungannya mengaris di bawah teks.
- Rayhani ialah versi mini Muhaqqaq.
Kadar huruf berlainan berdasarkan huruf Alif, satu garis tegak ringkas.
Dari abad ke-14 seterusnya, gaya melengkung lain mula digunakan di wilayah Turki dan Parsi.[4]

Gaya-gaya skrip lain[sunting | sunting sumber]
Nasta'liq ialah gaya melengkung yang dibangunkan dalam dunia Parsi. Nasta'liq bererti "tergantung", yang merupakan gambaran baik mengenai cara setiap huruf dalam perkataan tergantung dari huruf sebelumnya, yakni lebih rendah dan bukannya pada baris yang sama.
Skrip Diwani ialah gaya melengkung khat Arab yang berkembang semasa pemerintahan awal Empayar Uthmaniyyah Turki(abad ke-16 dan awal abad ke-17). Ia dicipta oleh Housam Roumi dan mencapai kemuncak popularnya di bawah Sulaiman I Agung (1520–66). Berfungsi sebagai hiasan dan mampu berhubung, Diwani dibezakan dengan kerumitan pada garis dalam huruf dan jarak dekat huruf dalam perkataan. Satu variasi Diwani, Diwani Al Jali atau Diwani Jeli, berciri banyak tanda baris dan hiasan.
Skrip biasa bagi kegunaan harian adalah Ruq'ah (juga dikenali sebagai Riq'a). Mudah dan senang ditulis, pergerakannya sedikit tanpa banyak penambahan. Ia merupakan yang paling biasa dilihat.
Ia dianggap selangkah tinggi dari skrip Naskh yang merupakan skrip pertama diajar kepada kanak-kanak. Dalam gred berikutnya, mereka diperkenalkan kepada Ruq'ah.
Skrip seni khat yang dikenali sebagai skrip Sini berkembang di China. Bentuk ini menunjukkan bukti pengaruh seni khat Cina, menggunakan berus bulu ekor kuda dan bukannya pen batang rid ("reed"). Ahli penulis khat moden dalam tradisi ini adalah Haji Noor Deen Mi Guangjiang.[5]
Skrip Bihari digunakan di India dalam abad ke-15. Bihari dikembangkan daripada Naskh, berlengkung, dan penggunaannya berkembang selepas wilayah utara India ditakluk Timur. Skrip ini menitikberatkan unsur sublinear huruf dan dapat dibezakan dengan coretan yang tebal di bahagian tengah dan dipahat supaya kelihatan seperti pedang pada bahagian hujung.

Calligram[sunting | sunting sumber]
Khat, seni Islam yang meluas dalam dunia Muslim, turut memiliki bentuk gambaran. Dengan mengaitkan huruf dalam perkataan bertulis, yang dibuat daripada perkataan "Allah", "Muhammad", "Bismillah", dll., atau dengan menggunakan mikrograf,[6] pakar khat mampu menghasilkan gambaran anthropomorfik (Saidina Ali (ra), Idea Manusia Sempurna orang Sufi, orang yang sedang bersolat,[7] muka), bentuk zoomorfik (makhluk simbol, kebanyakannya daripada ikonografi Syiah, seperti singa (Ali (ra) "Singa Allah")[8] kuda (Duldul Ali),[9] ikan,[6] burung sekendi atau burung lain (Hudhud daripada al-Qur'an)[10][11]) dan bentuk yang melambangkan pedang (Zulfiqar), masjid, kapal (dibuat daripada huruf waw, simbol penyatuan mistik, secara harfiah bererti "dan" dalam bahasa Arab). Callligram berkait dengan mistik Muslim dan popular dengan kebanyakan pakar khat di Turki, Parsi dan India dari abad ke-17 seterusnya.
Dalam pengajaran, imejan figuratif digunakan bagi membantu membayangkan bentuk huruf bagi tujuan menekap imej, sebagai contoh, huruf ha' kelihatan dalam Nasta'liq serupa dua mata, sebagai mana dibayangnkan nama Parsinya: "he'" 'dua mata' he do cheshm). Dalam penulisan dan puisi melihat bayangan dunia semulajadi dalam huruf wujud semenjak zaman Abbasiyyah.
Contoh seni khat dalam dunia perdagangan yang baik ialah logo Al Jazeera, stesen berita antarabangsa yang bertapak diQatar, dan "Edinburgh Middle East Report", journal akademik Scotland berkaitan Timur Tengah.

Peralatan dan media[sunting | sunting sumber]
Perkasas tradisi bagi penulis khat Arab adalah Qalam, pen yang dibuat daripada buluh; dakwatnya seringkali berwarna, dan dipilih agar penonjolannya banyak berbeza, dengan itu tulisan panjang pada karya dapat memberi kesan dinamik.
Pelbagai media digunakan bagi mempersembahkan khat. Sebelum kewujudan kertas, papirus dan kertas kulit digunakan bagi menulis. Ciptaan kertas merevolusikan seni khat. Ketika biara-biara Eropah hanya memiliki beberapa dozen jilid, perpustakaan di dunia Islam biasanya memiliki beratus-ratus malah ribuan jilid buku.[1]
Syiling juga merupakan sokongan lain bagi khat. Bermula 692 M, khalifah Islam merombak bentuk syiling di Timur Dekat dengan menukar gambaran visual dengan perkataan. Ia benar terutamanya bagi dinar atau duit mas lain yang bernilai tinggi. Biasanya syiling ditulis dengan petikan daripada Al-Quran.
Menjelang abad kesepuluh, orang Parsi yang memeluk Islam mula menyulam tulisan pada kain sutera bercorak atau beragi. Tekstil bertulis khat amat bernilai sehinggakan tentera Salib membawa ia pulang ke Eropah sebagai barangan bernilai. Contoh terkenal adalah Shroud of St. Josse ("kain kapan St Josse") yang digunakan bagi membungkus tulang St. Josse di biara St. Josse-sur-Mer berdekatan Caen di barat laut Perancis.[12]

Khat masjid[sunting | sunting sumber]
Khat Masjid Islam ialah khat yang boleh didapati di dalam dan di luar masjid, biasanya dalam gabungan dengan motifArabes. Arabes ialah bentuk kesenian Islam yang terkenal kerana bentuk geometrik berulangnya membentuk hiasan yang indah. Bentuk geometrik ini seringkali termasuk khat Arab di tulis pada dinding, siling, di luar dan di dalam masjid. Subjek penulisan ini boleh diambil daripada sumber berbeza Islam. Ia mungkin petikan ayat-ayat Al-Quran atau daripada Hadis, tradisi lisan berkaitan kata-kata dan perbuatan Nabi Muhammad (SAW)

Biasa digunakan dalam masjid:[sunting | sunting sumber]
Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Bismillah ir-Rahman ir-Rahim merupakan bentuk ayat paling biasa didapati dalam masjid. Ia bererti: "Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang."
Allah dan Muhammad
Allah ialah perkataan bahasa Arab untuk Tuhan yang tunggal dan Muhammad merupakan rasul terakhir dalam Islam. Kedua-dua perkataan "Allah" dan "Muhammad" hampir sentiasa dijumpai di dalam masjid sebagai peringatan kepada kepercayaan utama ugama Islam.

0 komentar:
Posting Komentar